Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Benda Paling ‘Best’...

KEDAI serbaneka 7-Eleven sememangnya satu jenama yang ikonik di peringkat antarabangsa kerana bukan...

Warga Indonesia Berdepan Tuduhan...

KOTA TINGGI - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihadapkan ke...

Pebilik Sewa Harga Rendah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah...

Kudat: Lelaki Maut, Isteri...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera parah...

PRK Semenyih: BN Pilih Zakaria Sebagai Calon

SEMENYIH – Barisan Nasional (BN) hari ini menamakan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Zakaria Hanafi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Calon BN itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan di hadapan kira-kira 200 penyokong pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK berkenaan di sini.

“BN menamakan calon tempatan kerana kami tidak mahu payung terjun atau orang luar untuk beri saingan pada PRK ini,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman tersebut.

Zakaria, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara yang hadir Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.


Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal 26 Februari dan pengundian pada 2 Mac. – BERNAMA

Kategori