Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Johor Giat Pencarian Atlet...

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan...

Nahas Payung Terjun: Dua...

DUA lelaki dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut selepas payung terjun yang dinaiki...

Dakwah Live TV AlHijrah...

"IBU Mithali ibu sejati, kasih sayangmu kasih yang suci, pengorbananmu disanjung tinggi, jasamu...

Singapura Siar Fifty Shades...

SINGAPURA – Meskipun diharamkan di beberapa buah negara termasuk jirannya, Malaysia dan Indonesia,...

PRK Rantau: Tok Mat, Isteri Selesai Mengundi

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

Beliau tiba bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin serta ahli keluarga beliau yang lain di pusat mengundi tersebut kira-kira pukul 8.26 pagi.

Menurut Mohamad, beliau gembira proses pengundian berjalan lancar malah beliau turut memuji langkah penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah memberi lebih keselesaan kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab.

“Saya rasa amat gembira apabila rata-rata pengundi yang saya temui terutama di saluran satu dan dua maklum balas mereka bagus. Malah dalam proses kempen 14 hati juga sambutan amat baik.

“Saluran satu dan dua kali ini dibuat di dalam dewan, lebih dekat, dulu di atas. Di sini juga disediakan bangku untuk pengundi-pengundi warga emas, tahniah kepada SPR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.


Dalam pada itu, seorang calon Bebas, R. Malarvizhi turut mengundi di pusat pengundian yang sama malah menjadi pengundi terawal selepas tiba kira-kira pukul 6.45 pagi. – UTUSAN ONLINE

Kategori