PRK Rantau: PH Pilih Streram Jadi Calon

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) hari ini memilih Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) PKR Rantau, Dr. S. Streram sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Presiden PH dalam mesyuarat yang diadakan Sabtu lepas.

“Dr. Streram dinafikan hak semasa PRU-14 lalu sehingga membawa kepada keputusan di mahkamah dan PRK perlu diadakan semula.

“Maka, itu juga menjadi faktor kenapa beliau dipilih di kerusi yang mempunyai majoriti 27 peratus pengundi India itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Loading...