Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,500 Dijangka Sertai ‘Sungai...

MELAKA - ‘Sungai Melaka International Challenge 2018’ dijangka menarik penyertaan 1,500 peserta dari...

MCA Tidak Perlu Bimbang...

MCA tidak perlu bimbang dengan hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PAS kerana...

Program 3K Dilancarkan Semula

PUTRAJAYA - Anugerah Program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Kesihatan) untuk mendidik pelajar dengan...

Serunding Cara Tradisional Tetap...

TUMPAT - Transformasi dalam kaedah masakan serunding tidak menjadi halangan bagi seorang pengusaha...

PRK PD 13 Oktober, Penamaan Calon 29 September

RASMI… Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen yang pertama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu iaitu di Port Dickson akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Penamaan calon pula untuk PRK di bandar peranginan popular Negeri Sembilan itu ditetapkan oleh pihak ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 29 September depan.

Media tempatan melaporkan bahawa tarikh berkenaan diumumkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini tiga PRK kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri yakni di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia, kesemuanya kebetulan di Selangor; diadakan selepas PRU ke-14.

Berbanding PRK sebelum ini yang perlu diadakan selepas penyandangnya meninggal dunia, PRK Port Dickson pula diadakan atas sebab politik peribadi PKR menerusi strategi ‘Langkah PD’.


Ia apabila Datuk Danyal Bagagopal Abdullah umum secara mengejut letak jawatan pada 12 September lalu untuk beri laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Pada PRU ke-14 lalu, wakil PKR itu menang kerusi tersebut dengan majoriti 17,710 undi menewaskan calon BN, Datuk V.S. Mogan dan calon PAS, Mahfuz Roslan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori