Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan 1948 Bukan...

JOHOR BAHRU - Akta Hasutan 1948 bukan alat politik untuk menutup ruang kritikan...

Hadi Dedah Dr M...

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah...

Sharifah Sakinah Berani Tanggung...

CAKAPLAH apa sahaja mengenai Sharifah Sakinah. Tak sikit pun berkudis di hatinya.Sering memuat...

Pemuda PAS Perak Minta...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) digesa tidak melepaskan pemain-pemain muda...

Pantau Prestasi Kementerian Di Sabah

KOTA KINABALU – Prestasi setiap kementerian di Sabah akan dipantau rapi bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat terus dipertingkat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya untuk itu, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap kementerian akan dilancarkan pada 6 Disember ini.

“Kita mahu setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan sampai kepada sasaran. Oleh itu kita mahu perkhidmatan awam di negeri ini membuat perubahan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Seminar Amalan Baik Peraturan (GRP) Wilayah Sabah, di sini hari ini.

Katanya KPI itu ditetapkan untuk rakyat menilai kerajaan, sekali gus menjaga keyakinan rakyat terhadap pemimpin.

Terdahulu ketika berucap, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan pihak Setiusaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan GRP di negeri itu.

Beliau berharap dasar GRP itu dapat merapatkan jurang dalam sistem pengurusan peraturan di Sabah selain memastikan peraturan membebankan masyarakat dan komuniti perniagaan yang menghalang persaingan dan inovasi dapat dikurangkan dan dielakkan.


“Saya juga berharap agar inisiatif GRP ini dapat membantu meningkatkan ketelusan dan kredibiliti penggubalan undang-undang dan peraturan serta dapat mewujudkan kualiti hidup dan persekitaran perniagaan yang lebih baik bagi negeri Sabah.

“Semoga dengan pengenalan GRP di negeri ini juga dapat menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang dapat menarik minat industri dan pelaburan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana kekayaan negeri Sabah,” katanya.

GRP adalah amalan pergurusan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi bagi meningkatkan produktiviti dan memudah cara komuniti perniagaan ke arah perkembangan ekonomi dan pelaburan yang lebih pesat. – BERNAMA

Kategori