Presiden UMNO, PAS Bertemu

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menerusi akaun Facebook milik beliau, pertemuan yang turut disertai oleh beberapa kepemimpinan utama kedua-kedua buah parti itu telah diadakan di kediaman Ahmad Zahid.

“Ada beberapa insan yang membuatkan dunia ini lebih baik kerana keberadaannya. Kalian adalah salah seorang dari insan tersebut.

“Pertemuan dan perbincangan saya dan rakan-rakan kepemimpinan UMNO bersama Datuk Seri Presiden PAS dan saf kepemimpinan PAS di kediaman saya. Pertemuan dan perbincangan amat positif serta memperkukuhkan lagi penyatuan ummah,” kata Ahmad Zahid menerusi hantaran dalam akaun Facebook milik beliau.

Dijangka lebih 10,000 ahli dan penyokong UMNO dan PAS akan menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah bersempena majlis menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 September depan. – UTUSAN ONLINE

Loading...