“Presiden Alumni UiTM Tak Bayar Apa-Apa Pun” – Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendakwa kenaikan caj bayaran kolej kediaman kepada para penuntut universiti berkenaan tidak membebankan.

Bekas perdana menteri itu berkata, mestilah tidak membebankan kerana bukannya Presiden Alumni UiTM bayar apa-apa pun.

“Dia ni pun tak ingat dah bila last dia bayar yuran. Dulu zaman BN banyak dapat free kan?” kata Najib yang mengulas kenyataan Datuk Zaini Hassan berhubung kenaikan caj kolej kediaman UiTM.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Zaini berkata, kenaikan itu satu keperluan memandangkan peruntukan kerajaan kepada UiTM telah dikurangkan dan peningkatan caj bayaran kolej bagi menampung kos operasinya.

Yuran kolej kediaman UiTM naik dalam kadar minimum RM4 sehari untuk dua bilik, RM3 bagi tiga bilik dan empat bilik ke atas RM2 sehari.

Kenaikan itu bagi menyediakan kelengkapan asrama, kata Zaini.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah, mahasiswa sekarang kena bayar macam-macam.

Soalnya: “Pejuang-pejuang dulu semua sudah lari ke mana?” – MalaysiaGazette

Loading...