Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Kekal Sama Walaupun...

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata pihaknya menerima aduan daripada...

Bola Sepak Bukan Batu...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak...

Siti Dhia Keluar Rumah...

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil, 12, yang dilaporkan hilang...

Polis Buru Wanita Suka...

GILA...pihak berkuasa kini sedang memburu seorang wanita yang dianggap `gila' kerana secara selamba...

Prasekolah, Tabika Dibuka Bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR – Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, cadangan pembukaan semula institusi terbabit berserta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan telah dibentangkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada mesyuarat khas hari ini.

Katanya, keputusan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 prasekolah swasta, 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

SOP terperinci mengenai pembukaan semula institusi itu akan diumumkan KPM dalam masa terdekat, katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas hari ini turut bersetuju membenarkan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan beroperasi semula kecuali premis di zon merah.

Katanya, SOP yang ditetapkan ialah satu per tiga daripada kapasiti masjid dan surau serta perlu merekodkan kehadiran jemaah selain memeriksa suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Masjid dan surau di negeri lain pula tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya.


Beliau berkata, mesyuarat hari ini turut bersetuju membenarkan 5,230 rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara beroperasi semula berbanding 171 sebelum ini.

“Rumah ibadat bukan Islam dibenarkan beroperasi pada hari dan masa seperti biasa dengan kehadiran satu per tiga daripada jumlah sebenar, tertakluk kepada keluasan tempat berkenaan.

“Perkara itu juga tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri masing-masing yang turut diberi kebebasan mengubah suai SOP,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, perbincangan hari ini juga melibatkan pembentangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan SOP subsektor pelancongan seperti spa dan pusat urut kaki, ‘mesyuarat, insentif, konvensyen & pameran‘ (MICE) serta pameran perdagangan dan pelancongan dalam negeri.

Menurutnya, mesyuarat hari ini pada dasarnya tidak mempunyai halangan terhadap cadangan SOP tersebut namun perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara untuk kelulusan.

Kategori