Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Jumpa Patung Berhala...

PELABUHAN KLANG - Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah...

Seluruh Penjawat Awam Kecewa...

KUALA LUMPUR – Seluruh penjawat awam akan merasa kecewa jika kerajaan Pakatan Harapan...

Remaja Perlukan RM25,000, Bedah...

MELAKA - Seorang remaja yang mengalami masalah 'Adoloscent Idiopathic Scoliosis' atau tulang belakang...

Rozita Che Wan Berseluar...

PELAKON Rozita Che Wan sekarang tengah bercuti bersama ahli keluarganya di kota London...

Prabakaran Nafi Ditawar RM25 Juta Untuk Anwar

NAFI… Anggota Parlimen Batu, P. Prabakaran hari ini sangkal dakwaan beliau ditawarkan RM25 juta bagi mengosongkan kerusinya untuk beri laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

“Saya fikir ini kenyataan palsu, saya tidak mahu komen apa-apa tentang khabar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Prabakaran diminta mengulas catatan twitter penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau ditawar wang berkenaan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Batu. Raja Petra bagaimanapun mengakui dakwaan tersebut merupakan khabar angin semata-mata.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menyatakan kesudian menyerahkan kerusinya kepada Anwar sekiranya diminta berbuat demikian.

Namun, isteri dan anak Anwar iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah menegaskan tidak akan melepaskan kerusi masing-masing di Parlimen Pandan dan Parlimen Permatang Pauh.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, Prabakaran mencatat sejarah apabila menjadi calon termuda menang kerusi parlimen dengan majoriti 24,438 undi, mengalahkan pencabarnya daripada Barisan Nasional Dominic Lau Hoe Chai, Azhar Yahya (PAS) dan VM Panjamothy (Bebas). – BERNAMA

Kategori