PPZ-MAIWP Tawar Hadiah Umrah Untuk Pembayar Zakat

PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menawarkan hadian pakej umrah dan percutian ke luar negara melalui kempen…

PUSAT Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menawarkan hadian pakej umrah dan percutian ke luar negara melalui kempen Skim Potongan Gaji Zakat 2018.

Kempen dikenali Skim Thohir ini memudahkan pembayar untuk membayar zakat dengan membenarkan potongan gaji dibuat setiap bulan.

Kempen terbaru Skim Thohir tahun ini mendapat penajaan utama daripada syarikat pelancongan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff dalam kenyataan pada majlis pelancaran Skim Thohir 2018 berkata hadiah-hadiah ditawarkan ini ialah untuk memeriahkan dan menggembirakan pembayar zakat yang terpilih.

“Ini sekadar untuk memeriahkan dan menggembirakan pembayar zakat, kerana sememangnya bukan niat kita membayar zakat untuk dapat pergi mengerjakan umrah,” katanya.

Pengarah Urusan Five Estec, Sharizan Mohd Saad berkata kerjasama syarikatnya dengan PPZ-MAIWP ialah satu kerjasama strategik yang bermatlamat memudahkan proses bayaran zakat oleh orang ramai.

Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd., Sharizan Mohd Saad.

Hadiah utama tajaan Five Estec ialah pakej umrah untuk dua orang, percutian ke Beijing, China untuk enam hari lima malam bagi tempat kedua, dan tempat ketiga menikmati percutian ke Bangkok, Thailand selama lima hari empat malam.

Pemenang keempat hingga lima pula mendapat hadiah percutian ke Jakarta, Indonesia selama tiga hari dua malam, Pekan Baru selama tiga hari dua malam untuk tempat keenam hingga 10.

Hadiah kempen bayaran zakat melalui Skim Thohir ini ialah lanjutan kempen PPZ-MAIWP untuk menarik orang Islam membayar zakat pendapatan ini yang telah diadakan sejak dua tahun lalu.

Tahun lalu, dengan sokongan CIMB Islamic, hadiah berupa pakej umrah dan pelancongan turut ditawarkan, selain perkakas elektrik dan wang tunai. – Mynewshub.tv

Loading...