Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

4 Kedai Di Uptown...

SHAH ALAM - Empat kedai di Uptown Shah Alam, Seksyen 24 di sini,...

Warga Emas Simbah Air...

MELAKA - Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya...

Sukan Mampu Menyatukan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap Olimpian negara membuktikan acara...

Neelofa Sangkal Dakwaan Bercinta...

BARU-baru ini terdapat dakwaan yang mengatakan pengacara jelita Neelofa dan pelakon Hans Isaac...

PPZ-MAIWP Sedia 6 Saluran Mudahkan Tunai Zakat

ZAKAT merupakan rukun Islam ketiga yang wajib dilaksanakan setiap muslim yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Sehubungan itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru umat Islam yang layak membayar zakat agar menyegerakan pelaksanaan kewajipan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, beberapa inisiatif telah diambil bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat antaranya membuka 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP sepanjang bulan Ramadhan ini.

“Lokasi kaunter PPZ-MAIWP ialah di Dataran Shamelin Perkara, Plaza RAH, Masjid Negara, Wangsa Maju, UTC Pudu Sentral, Putrajaya (Presint 9 dan Presint 15 Diplomatik), Masjid Al-Imam Al Ghazali, Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, Masjid Abd Rahman Auf, dan Labuan Times Square.

“11 kaunter tersebut dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula daripada jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang,” katanya dalam satu sidang media, di Wisma PPZ Shamelin Perkasa Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, jika tidak berkesempatan untuk ke kaunter, orang ramai tidak perlu risau kerana boleh menunaikan zakat melalui atas talian di portal rasmi PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my yang mempunyai fungsi sama seperti pembayaran di kaunter.

Selain itu, pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi perbankan Internet melalui 14 bank yang dilantik sebagai agen bagi kemudahan orang ramai.

Tambah beliau lagi, umat Islam juga boleh menunaikan kewajipan berzakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat atau dikenali sebagai Skim Thohir yang disediakan oleh pihak PPZ bagi kemudahan orang ramai sama ada di dalam mahupun luar negara.


Pembayar hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) yang boleh didapati secara online melalui portal rasmi atau 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP yang disediakan.

Beliau juga memberitahu bagi menggalakkan pembayaran zakat segera, pihaknya turut menyediakan pembayaran zakat menerusi autodebit Maybank dan MYEG.

Bagi mendapatkan penerangan mengenai kemudahan autodebit Maybank, orang ramai boleh hubungi pihak PPZ melalui talian zakat di 1-300-88-5757 atau mana-mana petugas di 11 kaunter cawangan PPZ-MAIWP.

Manakala untuk pembayaran zakat menerusi MYEG pula, ia boleh dibuat menerusi portal rasmi MyEG di www.myeg.com.my.

Untuk makluman, pihak PPZ-MAIWP turut menawarkan pemberian pelbagai cenderahati kepada para pembayar zakat di keenam-enam saluran bayaran yang disediakan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori