Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: Pasar Tomohon Lebih...

SULAWESI - Nama pasar Tomohon tiba-tiba menjadi perbualan hangat warganet setelah pasar haiwan...

Wartawan Malaysia Ditahan Rakam...

YANGON - Dua wartawan asing masing-masing dari Malaysia dan Singapura ditahan di Naypyitaw...

PM Ucap Tahniah Sempena...

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena ulang tahun...

LTTE: Tommy Jelas Sebab...

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menjelaskan keputusan pendakwaan menggugurkan...

PPIM Anjur Forum Kerjasama Ekonomi Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Forum Kerjasama Ekonomi pada Sabtu ini sebagai platform untuk usahawan memasarkan produk mereka.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata forum bertemakan ‘Zakat Rahsia Perniagaan Berjaya’ itu akan diadakan di Masjid Ar-Rahah, Bangsar South City, Kampung Kerinchi dan terbuka kepada semua usahawan dengan kemasukan adalah percuma.

Forum yang julung kali diadakan itu dijangka dapat mengumpulkan lebih 300 usahawan dan pameran 20 produk serta perkhidmatan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya antara tokoh usahawan yang dijangka hadir ialah pemilik rangkaian restoran Ali Maju Datuk Jahawar Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamudin Yaacob.

Selain itu, forum yang dijayakan bersama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan turut mengetengahkan kepentingan zakat, keberkatan serta kelebihan berzakat untuk perniagaan.

Forum dijangka dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. – BERNAMA

Kategori