Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Maslan Jawab Pengurangan...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel sebanyak...

1MDB: Status Sri Ram...

KUALA LUMPUR - Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mempersoalkan...

7 Sahabat Didakwa Curi...

PETALING JAYA - Tujuh sahabat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Bubar CEP, Dedah Laporan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendesak supaya Majlis...

PPBM Masuk Blok DAP, Enggan Sertai Pakatan PAS?

SHAH ALAM – Akibat tindakan PAS ‘boikot’ Konvensyen Pakatan Harapan (PH), PPBM sah bakal menyertai pakatan yang diketuai DAP itu, dan bukan blok baharu diwujudkan parti Islam tersebut.

Perkara mengejutkan itu diumumkan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali gus menafikan laporan media bahawa Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak usaha parti kecil tersebut bergabung dengan PH.

Menurut mantan perdana menteri itu, bekas timbalan perdana menteri tersebut berpendirian sama dengan beliau untuk sertai PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Kata Mahathir, adalah tidak benar sama sekali bahawa yang kuat menentang perpaduan PPBM dengan PH ialah Muhyiddin dan secara tidak langsung ‘memusnahkan’ harapan PAS memperkuatkan blok Gabungan Sejahtera.

Pakatan pembangkang baharu itu disertai Parti Ikatan dan Berjasa susulan tindakan DAP ‘menguburkan’ Pakatan Rakyat tahun lalu kerana permusuhan dengan PAS serta kemudian mewujudkan PH yang disertai PKR dan PAN.

“Dia (Muhyiddin) bersama-sama saya, dan bersetuju supaya kita (PPBM) akan menyertai secara langsung dengan PH. Hari ini, PPBM memang belum lagi secara rasmi menjadi sebahagian daripada anggota komponen PH.

PPBM Masuk Blok DAP, Enggan Sertai Pakatan PAS?

“Tetapi niat kita ialah untuk bersama-sama dengan parti-parti lain dalam PH tidak lama lagi,” ujar Mahathir lagi ketika tampil menyampaikan pidato beliau pada konvensyen kali pertama PH yang berlangsung di sini hari ini.


“Kami harap akan diterima PH supaya dapat menjatuhkan pemimpin kleptokrasi. Saya tiada masalah menyokong gerakan reformasi,” kata Mahathir sebagai merujuk agenda politik bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam sebuah portal berita melaporkan Muhyiddin meminta penangguhan untuk menandatangani perjanjian kerjasama dengan PH, bagi membolehkan lebih banyak perbincangan dengan pemimpin blok itu diadakan.

Ia terutama sekali membabitkan hubungan politik PPBM dengan DAP dan PAN. Muhyiddin juga dilaporkan lebih berminat untuk membentuk sebuah lagi pakatan pembangkang baharu melibatkan PPBM, PKR dan PAS sahaja.

Namun hasrat murni Muhyiddin ditolak kepimpinan PH, malah sekumpulan penyokong membuat demonstrasi di luar tempat konvensyen sebagai membantah penyertaan PAS ke dalam blok tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori