Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

AirAsia Nafi Khabar Angin...

KUALA LUMPUR - AirAsia mengesahkan bahawa Penerbangan AK538 yang dijadual berlepas dari Kuala...

Jurufoto ‘Terjun’ Kawah Gunung...

IBARAT menggadai nyawa, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang lelaki yang...

Wanita Koyak Kerandut Zakar...

SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas...

Izat Bukhary Tidak Gentar...

KOTA BAHARU - Calon Bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PPBM Bukan Pewaris UMNO – Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan pewaris UMNO, tetapi akan bertanggungjawab kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Pengerusi PPBM itu berkata parti berkenaan yang ditubuh untuk menyelamatkan orang Melayu dan Bumiputera tidak akan berdiam diri dan biar kehancuran mereka berterusan, lantaran kehilangan pemimpin dan haluan selepas tewasnya UMNO.

“Hari ini orang Melayu berada dalam keadaan yang tidak menentu dan kehilangan haluan. Parti mereka (UMNO) kalah dan berpecah sehingga secara berkesan tidak wujud lagi. Pemimpin mereka bertelagah dan ahli tidak tahu apa yang sudah jadi pada mereka.

“Ada yang keluar dari UMNO, ada cuba hidupkan UMNO. Ada yang masih fikir mereka sebagai sebuah parti politik boleh bergabung dengan parti lain, mendapat cukup bilang untuk mendirikan kerajaan campuran. Ada pemimpin yang percaya mereka akan pimpin kerajaan campuran baru ini,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Tahunan kedua PPBM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata UMNO sudah dihancurkan oleh pemimpin yang tamak dan menganggap manusia boleh dibeli dengan duit.

“Malangnya yang sebenar menjadi mangsa ialah orang Melayu, penduduk pribumi di negara bertuah ini. Mereka sudah hilang jaguh mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya dalam melindungi orang Melayu dan Bumiputera, caranya bukanlah dengan merampas hak dan harta orang lain.


Dalam pada itu, Mahathir mengingatkan perwakilan PPBM bahawa kemenangan yang dikecapi pada pilihan raya umum lalu datang bersama tanggungjawab yang berat.

Beliau berkata kerajaan kini bertanggungjawab menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan, walaupun tidak mengetahui dengan mendalam keadaan kerosakan yang menimpa negara ketika berkempen sewaktu pilihan raya umum dulu.

“Malangnya, rakyat sudah bosan dan tidak lagi memberi perhatian kepada kesalahan kerajaan terdahulu. Mereka hanya ingin lihat hasil pemulihan negara oleh kita.

“Ramai rakyat yang tidak pun memberi perhatian kepada tindakan undang-undang yang diambil terhadap pemimpin dahulu. Sebaliknya, dengan lantang pemimpin dahulu cuba mengajar kita tentang cara-cara kita tangani masalah. Masalah yang ditinggal oleh mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori