Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Maut Taufan Harvey...

HOUSTON - Kediaman dan lebuh raya tenggelam, itulah antara kesan taufan Harvey yang membadai...

Presiden FAM, Pemuda PAS...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad...

PPM Semporna Tahan 2...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki dan merampas 16 kayu jenis...

Kepulangan Rakyat Malaysia Di...

PUTRAJAYA - Jumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, yang diberi cuti tanpa...

PPBM Boikot: Demokrasi Menang, Rakyat Menang, Najib Menang

SATU penghormatan dan pengiktirafan kepada Najib bila menyampaikan ucapan penutup forum demokrasi berparlimen anjuran International Strategy Institute semalam.

Tetapi Speaker Dewan Negara Rais Yatim, Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan beberapa Menteri menarik diri di saat terakhir?

Apakah mereka diarahkan untuk boikot kerana Najib dan beberapa pemimpin pembangkang hadir? Bila masa kerajaan tidak mengiktiraf suara pembangkang di Malaysia?

Patutlah demokrasi dikatakan mati di Malaysia. Sudahlah Parlimen digantung, titah YDP Agung, parlimen boleh bersidang semasa darurat langsung tiada tindakan.

Masa PPBM dalam PH mereka menganjurkan “Kongres Maruah Melayu” pada 6 Oktober 2019. UMNO berlapang dada menghadirinya. Tiada boikot walaupun UMNO tahu ia bermotif politik dan Hamzah Zainuddin di belakangnya.

Telahan UMNO kongres itu hanya retorik politik tepat. Penjualan aset Tabung Haji, FELDA dan Khazanah berleluasa. Maka maruah apa yang diperjuangkan setelah kongres itu selesai?


Forum demokrasi berparlimen adalah anjuran pihak ketiga yang non partisan. Apakah mereka tiada kebebasan untuk menjemput sesiapa asalkan bukan terroris. Maka teladan apa yang mahu ditunjukkan oleh kerajaan PN di kaca mata antarabangsa? Belang kerajaan PN semakin terdedah.

Tindakan memboikot forum demokrasi anjuran non partisan adalah kemenangan demokrasi kepada rakyat dan secara tidak langsung kepada Najib.

Mohd Puad Zarkashi

Kategori