Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Wanita Prihatin Selamatkan Bayi...

ISU pemerdagangan manusia masih lagi menjadi antara fokus utama pihak berkuasa di seluruh...

Alyah Nafi Keluar Kenyataan...

SEMALAM, industri hiburan tanah air menjadi gempar apabila penyanyi yang popular dengan lagu...

PRN Johor: PH Akan...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan...

Bajet 2017: Harap Peruntukan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya berharap Bajet 2017 kali ini akan memberi...

Potongan Cukai Untuk Sumbangan, Derma Tabung COVID-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan menawarkan potongan cukai bagi sumbangan dan derma yang dibuat sama ada dalam bentuk tunai atau barangan kepada Tabung COVID-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata kerajaan menyambut baik sumbangan dan derma yang dibuat oleh rakyat Malaysia serta sektor korporat dalam bersama-sama membantu menangani wabak COVID-19.

Katanya, kementerian ingin mengiktiraf sumbangan yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pada masa kini sudah mencecah nilai RM60 juta dalam bentuk ubat-ubatan, peralatan perubatan serta peralatan perlindungan diri (PPE) kepada KKM.

“Sehubungan itu, kementerian meluluskan potongan cukai bagi sumbangan dan derma dalam bentuk tunai dan barangan yang dibuat kepada Tabung COVID-19 dan KKM.

“Sektor korporat turut disarankan untuk mengikuti teladan GLC kerana semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan negara kita berjaya menangani wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Zafrul berkata, kementeriannya juga meluluskan pengecualian duti import serta cukai jualan ke atas topeng muka bagi pasaran tempatan.

Langkah itu katanya, diambil selepas kerajaan mengambil kira kesukaran yang dihadapi rakyat bagi mendapatkan bekalan topeng muka ekoran peningkatan permintaan yang mendadak.

“Semua pihak disarankan untuk membuat pembelian secara berpatutan dan mengikut keperluan bagi memastikan bekalan mencukupi untuk semua. “Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan bekalan domestik, Kerajaan juga telah melaksanakan larangan eksport ke atas topeng muka,” katanya.

Mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini, beliau berkata, Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan KKM serta agensi kerajaan berkaitan untuk memastikan keberkesanan peruntukan kewangan bagi menangani penularan wabak COVID-19.


Katanya, selain kelulusan peruntukan sebanyak RM500 juta kepada KKM, pihaknya juga meluluskan kelonggaran tatacara perolehan dengan membenarkan KKM melaksanakan pembelian secara darurat, terutamanya bagi peralatan kritikal seperti ventilator.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, juga akan melancarkan kemudahan pengeluaran i-Lestari, yang membenarkan semua ahli KWSP berusia 55 tahun ke bawah membuat pengeluaran wang simpanan dari Akaun 2, tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan sahaja.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April ini manakala pengeluaran boleh dibuat dari 1 Mei. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan lebih kurang 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada skim bantuan kerajaan yang lebih menyeluruh untuk membantu rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran memenuhi keperluan bulanan mereka. Adalah diharapkan kemudahan ini ditambah pula dengan pengurangan kadar caruman syer pekerja sebanyak empat peratus akan dapat membantu ahli KWSP meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang serba mencabar ini,” katanya.

Zafrul berkata, pihaknya juga sedang giat menjalankan proses penyediaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini.

“Pakej ini akan mengambil kira maklum balas dari pelbagai pihak berkepentingan demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan syarikat sektor swasta dan daya tahan ekonomi negara dalam berdepan dengan cabaran COVID-19 serta ketidaktentuan ekonomi global.

“Rakyat Malaysia juga turut dijemput memberi maklumbalas untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua melalui portal rasmi Kementerian Kewangan di http://pre2020.treasury.gov.my/,” katanya. – BH Online

Kategori