Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesakit Teruja Najib Lawat...

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tambahan peruntukan...

Remaja Lemas Mandi Bersama...

GARA-GARA mahu berseronok dan mahukan kelainan empat remaja nekad bermandi di kawasan tali air...

Latihan Serangan Di Lapangan...

LABUAN – Empat pengganas ditembak mati, manakala dua pelancong dan dua anggota polis...

Bas Jemaah Umrah Singapura...

INNA LILLAH... Sebuah bas membawa sekitar 30 jemaah umrah dari Singapura terlibat dalam...

Potongan Cukai Khas Kurang Sewa Premis PKS Dilanjut

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis perusahaan kecil sederhana (PKS) yang tamat pada September lalu, dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga Mac tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata lanjutan itu bagi membantu PKS yang terkesan akibat pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kerajaan menggalakkan pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang menikmati penangguhan atau moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan bebanan sewa ditanggung PKS.

Baca: Banyak Manfaat Bakal Diraih Malaysia Melalui RCEP

“Melalui Pakej Rangsangan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), pemilik premis perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa terdiri daripada PKS, akan diberi potongan cukai khas.

“Potongan itu tertakluk kepada syarat pengurangan sewa hendaklah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa asal bagi tempoh terbabit,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau berkata, potongan cukai khas berkenaan sudah berakhir pada September lalu. 

“Sehubungan itu, suka cita saya umumkan bahawa potongan cukai khas bagi pengurangan sewa premis kepada PKS dilanjutkan enam bulan lagi sehingga Mac 2021,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berharap semua pengumuman dan komitmen tambahan yang diumumkan akan terus mengukuhkan Belanjawan 2021 sebagai belanjawan untuk rakyat.

Katanya, semua penambahbaikan yang dilakukan adalah hasil cadangan Ahli Parlimen sepanjang tempoh perbahasan dan libat urus melalui pelbagai saluran. 

“Kami mungkin tidak sempurna, tetapi kami mendengar. Dalam lapan bulan ini sahaja, sudah empat Pakej PRIHATIN diumumkan dengan mendengar suara rakyat dan Ahli Yang Berhormat sekalian. 

“Untuk bulan-bulan yang mendatang, kami akan terus mendengar, kami akan terus memperhalusi bantuan kerajaan mengikut keadaan COVID-19 dan ekonomi semasa, insya-Allah,” katanya. – BH Online

Kategori