Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MRM Tekad Selesai Masalah...

KUALA LUMPUR - Majlis Rohingya Malaysia (MRM) hari ini bertekad untuk menyelesaikan masalah...

Ardell Aryana Pilih Berdiam...

PELAKON Ardell Aryana masih tetap dengan pendiriannya yang enggan memberi sebarang kenyataan mengenai...

Pertimbang Cadang Darurat Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak...

Bantuan RM600 Sebulan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja...

Pos Malaysia Nafi Anjur Kaji Selidik Tawar Hadiah Telefon

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia tidak pernah mengendalikan kaji selidik secara dalam talian yang menawarkan hadiah telefon pintar kepada responden bertuah.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kaji selidik yang menggunakan nama Pos Malaysia itu merupakan satu penipuan.

“Kaji selidik dalam talian seperti yang tertera pada laman web tertentu adalah penipuan dan ia tidak dikendalikan oleh Pos Malaysia.

“Pos Malaysia tidak pernah melantik pihak ketiga untuk aktiviti itu dan sebarang pengumuman jika ada hanya akan dibuat melalui saluran rasmi,” kata kenyataan itu.

Menurut Pos Malaysia, kaji selidik palsu tersebut antara lain meminta orang ramai menjawab empat soalan berkaitan Pos Malaysia dan memberikan maklumat peribadi.


Justeru, Pos Malaysia meminta orang ramai supaya tidak tertipu kerana Pos Malaysia tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kerugian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori