Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

8 Tahun Tak Boleh...

Setelah lapan tahun hidup dalam keadaan mulut tidak boleh dibuka, akhirnya, seorang remaja...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 158 mangsa daripada...

27 Maut Kemalangan Bas...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan 16 lagi cedera apabila sebuah bas...

Bangunan Baharu MITI Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bangunan baharu...

Populariti Hamas Meningkat Di Tebing Barat, Gaza

TINJAUAN terbaru Pusat Kajian Dasar dan Survei (PSR) mendapati ada peningkatan signifikan sokongan terhadap Hamas di kedua-dua Tebing Barat dan semenanjung Gaza.

Menurut PSR, perubahan sikap itu berpunca daripada keganasan yang berlaku di Tebing Barat dan Gaza, dan kejayaan Hamas memastikan penduduk Gaza mendapat bahan bakar dan gaji bagi penjawat awam.

Pada masa yang sama, sokongan untuk Presiden Mahmoud Abbas merosot di kedua-dua Tebing Barat dan Gaza, dengan 64 peratus mahu Abbas meletak jawatan, meningkat daripada 62 peratus tiga bulan lalu.

Mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran Abbas hanya sebanyak 32 peratus, merosot daripada 35 peratus.

Sekiranya pilihan raya presiden diadakan sekarang, tinjauan terbaru mendapati pemimpin Hamas Ismail Haniyeh akan menewaskan Abbas (49 peratus berbanding 42 peratus), dan jika pertandingan antara Marwan Barghouti dan Haniyeh, Barghouti akan mendapat 55 peratus undi berbanding Haniyeh (40 peratus).


Dalam pilihan raya parlimen, 35 peratus berkata mereka mengundi Fatah, manakala 34 peratus berkata akan mengundi Hamas, dan 10 peratus lagi akan mengundi parti-parti lain.

Sementara itu, majoriti orang awam, sebanyak 53 peratus menganggap Pihak Berkuasa Palestin (PA) sebagai satu beban pada rakyat Palestin sementara 42 peratus melihatnya sebagai aset rakyat Palestin.

Tinjauan PSR itu juga menanyakan soalan pihak bertanggungjawab memburukkan keadaan di Gaza, yang dijawab 43 peratus meletak kesalahan pada PA, Abbas dan kerajaan gabungan, 21 peratus menyalahkan Hamas, dan 9 peratus meletakkan tanggungjawab pada Mesir. – MEM

Kategori