Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penggemar Sukan ‘Jallikattu’ Serang...

NEW DELHI - Penggemar sukan tradisional menundukkan lembu jantan di India menyerang sebuah...

Iltizam DAP Jadikan Negara...

KUALA LUMPUR - DAP berpegang teguh kepada komitmen parti itu sejak setengah abad...

Juruletup Bunga Api Diberi...

SHAH ALAM - Juruletup bunga api dan tiga pembantunya diberi tempoh sehingga esok...

Chong Wei Selangkah Lagi...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei semakin...

Pertemuan Bersejarah Pope, Syeikhul Al-Azhar Di Vatican

VATICAN CITY – Pope Francis memeluk erat Syeikhul Al-Azhar dari Kaherah, Mesir dalam satu pertemuan bersejarah di sini, sekali gus berharap dapat mempertingkatkan kesefahaman dialog silang agama.

Pertemuan julung kali antara pemimpin penganut Katolik dan tokoh tertinggi umat Islam berfahaman Sunni itu, melambangkan hubungan bertambah baik antara dua pihak, sejak Francis mengambil alih sebagai Pope pada 2013.

“Pertemuan kami inilah yang menjadi mesejnya,” kata Francis dalam komen ringkas kepada wartawan pada permulaan pertemuan dengan Al-Imam Al-Akbar Assyeikh Dr. Ahmed Attayyib, Syeikhul Al-Azhar Assyarif, tidak lama selepas memeluk dan mencium tetamunya itu.

Dalam kenyataannya tentang pertemuan pada 23 Mei itu, Al-Azhar, lambang institusi yang turut terdiri daripada sebuah universiti berprestij, menyatakan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan “persidangan damai”.

Sheikh Ahmed memberitahu Pope: “Kami perlu ambil pendekatan bersama-sama demi kebahagiaan kemanusiaan sejagat. Kesucian agama adalah membawa kegembiraan kepada manusia, bukan untuk menyusahkan mereka.”

VATICAN-EGYPT-RELIGION-ISLAM-POPE

Timbalan Syeikhul Al-Azhar, Abbas Shuman, memberitahu TV Mesir, CBC, kedua pemimpin agama itu bersetuju menyambung semula dialog silang agama. Sidang disarankan itu meliputi isu kemiskinan dan fahaman pelampau.

Vatican namun tidak serta-merta mengesahkan rancangan persidangan itu. Jurucakapnya berkata pertemuan “amat mesra” dengan Sheikhul Al-Azhar meluangkan 30 minit dengan Pope dan lebih sejam keseluruhannya di St. Peter’s.

Keputusan Sheikh Ahmed melakukan perjalanan ke Rome, yang diumumkan tanpa diduga minggu lalu, susulan kendurnya ketegangan serius antara kedua-dua pihak sejak kepimpinan Pope yang sebelumnya, Benedict XVI.

Hubungan bertambah buruk apabila Benedict memberikan ucapan pada 2006 mengaitkan Islam dengan keganasan, hingga mencetuskan bantahan maut di banyak negara dan serangan balas dendam terhadap penganut Kristian.

Untuk rekod, Pope John-Paul II pernah bertemu dengan Sheikhul Al-Azhar ketika itu di Kaherah pada 2000 lalu, setahun selepas serangan 11 September 2001 di New York yang merobah hubungan antara Barat dan dunia Islam.

pope-imam-3-data

Mengenai pertemuan semalam tersebut, jurucakap Vatican, Federico Lombardi menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin agama terbesar di dunia itu bersetuju untuk “menggariskan betapa pentingnya pertemuan baharu ini.”


Pope dan Sheikh Ahmed “menyentuh tentang cabaran dihadapi tokoh-tokoh dan penganut agama-agama utama di dunia ini termasuk bekerjasama demi mencapai kedamaian di dunia, menolak keganasan dan kumpulan pelampau.”

Pada masa sama, Francis turut menyampaikan kepada Sheikhul Al-Azhar itu salinan suratnya kepada penganut Katolik, ‘Laudato Si’, yang menggesa dunia sedar tentang ancaman perubahan iklim dan ketidaksamaan ekonomi.

Sheikh Ahmed memutuskan untuk menyambut jemputan Pope ke Rome, setelah pelbagai langkah memperbaiki hubungan oleh Francis ke dunia Islam sejak dilantik secara rasmi menjadi paus terbaharu pada awal 2013 lalu.

“Jika tidak kerana langkah baik ini, pertemuan ini tidak akan berlaku. Islam yang sebenar dan memperbetulkan sebarang salah faham yang diwujudkan oleh kumpulan pengganas berfahaman pelampau,” kata Abbas lagi.

imam-pope-3-data

“Beliau menggalakkan supaya tidak menganggap rakyat beragama Islam sebagai kumpulan menimbulkan ancaman dan supaya menyesuaikan diri dalam masyarakat… Ia satu mesej untuk kedua-dua pihak,” tambahnya lagi.

Ekoran ketegangan era Benedict sebagai Pope, Francis serta-merta mengambil pendekatan baharu, menyampaikan mesej peribadi kepada dunia Islam menandakan berakhirnya Ramadan yang pertama sejak dilantik sebagai paus.

Pope warga Argentina itu kemudian mengusahakan pelbagai inisiatif silang agama, dan beliau juga ditemani kedua-dua Rabbi Abraham Skorka dan profesor kajian Islam, Omar Abboud, ketika melawat Jordan dan Israel pada 2014.

Namun, langkahnya yang boleh dianggap paling besar ialah lawatannya April lalu ke pulau Lesbos yang menghadapi krisis pendatang. Beliau ketika itu membawa tiga keluarga warga Syria yang beragama Islam kembali ke Vatican.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori