Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di...

Pengakuan Eksklusif: Tegar...

SELEPAS ditipu bekas pengurusnya, kali ini Tegar tampil memberi pengakuan terbuka bahawa dia...

BN Lancar Manifesto ‘Moh...

TEMERLOH – Barisan Nasional (BN) Temerloh hari ini melancarkan manifesto khas untuk kawasan...

Spesifikasi Airbus A320 Yang...

Berikut adalah spesifikasi pesawat Airbus A320 yang digunakan dalam penerbangan QZ8501 AirAsia Indonesia...

Pondok Telefon Jadi ‘Rumah’ Gelandangan

SEJAK empat bulan lalu, seorang lelaki gelandangan menjadikan sebuah pondok telefon sebagai kediamannya untuk memastikan dirinya terlindung daripada kesejukan malam.

Dengan berbekalkan beberapa helai cadar tebal serta beg tidur untuk memanaskan badan, Stephen Pope menetap di pondok telefon itu yang terletak di hadapan sebuah pasar raya di Bordesley Green, Birmingham, United Kingdom.

Menerusi laporan Birmingham Live, Pope yang berusia 42 tahun buat masa ini meneruskan hidup dengan mengharapkan ihsan warga tempatan yang sentiasa memberikan makanan dan minuman untuknya.

Jelas Pope, dia bukanlah sejenis orang yang mengemis namun bersyukur sentiasa mendapat pertolongan orang ramai.

“Saya memang tak mahu meminta-minta, tapi orang ramai sangat baik dan pemurah.

“Bukan sahaja orang yang lalu lalang, malah mereka yang tinggal berdekatan juga sering memberi makanan kepada saya,” kata Pope.

Walaupun baru sahaja mendiami pondok telefon tersebut selama empat bulan, Pope sebenarnya telah hidup sebagai gelandangan sejak empat tahun yang lalu.

Sebelum ini, Pope menetap di rumah ibu bapanya dan setelah kedua-dua mereka meninggal dunia, hidupnya bagai jatuh ditimpa tangga apabila dia dibuang kerja, yang memaksanya hidup merempat.

Jelas Pope yang dahulunya bekerja sebagai buruh kontrak, dia mempunyai seorang abang dan juga kawan-kawan, namun dia tidak mahu membebankan mereka.

Menurut laporan Birmingham Live lagi, sewaktu dihampiri, Pope bersetuju untuk ditemubual namun meminta supaya gambarnya tidak dirakam kerana berasa malu akan kehidupannya.

“Bukan mudah tinggal dalam sebuah pondok telefon. Tapi, sekurang-kurangnya ia dapat melindungi saya daripada hujan.


“Pada waktu malam, cuaca sangat sejuk. Kadang-kala, malam terasa begitu lama, bagaikan pagi tak akan tiba,” luah Pope.

Sebelum menjadikan pondok berkenaan sebagai tempat tidurnya, dia hidup bergelandangan di pusat Bandar Birmingham sebelum berpindah kerana ancaman dadah Black Mamba yang berleluasa di kawasan itu.

“Di sana agak bahaya. Ramai gelandangan yang menetap di sana menggunakan dadah Black Mamba yang merupakan dadah yang sangat berbahaya.

“Saya telah kehilangan ramai rakan yang tewas di tangan dadah tersebut,” ujarnya.

Black Mamba merupakan dadah jenis ganja sintetik yang lebih merbahaya daripada heroin.

Ketika ditanya mengenai masa depannya, Pope berkata dia mengimpikan untuk menetap di sebuah pangsapuri di Yardley, berdekatan dengan kawan-kawan dan keluarganya.

“Saya sebolehnya tak mahu tinggal di pusat gelandangan. Kalau ikutkan pengalaman saya, bila bergaul dengan ramai orang di sana, pasti akan terlibat dengan alkohol dan dadah.

“Saya harap akan diberi peluang untuk memiliki flat sendiri dan mendapat pekerjaan seperti dahulu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori