Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tesco Selamba Jual Mug...

Bagi peminat tegar pinggan mangkuk dari China, mereka tentu maklum sesetengah produk yang...

Pertimbang Jual Aset, Tanah...

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk menjual aset atau jika perlu tanah milik...

Vokalis Kumpulan Terra Rossa...

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan rock Terra Rossa, Khairulhizam Kaha yang dikenali sebagai...

Kubur Besar 1,000 Mayat...

SEBUAH kubur besar dipercayai mengandungi kira-kira 1,000 mayat yang sudah reput telah ditemui...

Pondan Enggan Kerja Kerana Disuruh Potong Rambut

DISKRIMINASI… Golongan pondan di Malaysia kini semakin dipinggir, terbaharu seorang lelaki lembut menolak tawaran kerja sebuah restoran mewah Jepun hanya kerana rambutnya panjang.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebuah portal berita tempatan, mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Raz Bahari telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru ini.

Menurut lelaki berimej wanita itu, walaupun temuramah kerja tersebut berjalan lancar, segalanya berubah apabila beliau telah ditanya berkenaan kod pemakaian dan diminta untuk memotong rambutnya agar menjadi pendek.

“Temuramah itu berlangsung dengan baik, kecuali pada saat-saat akhir… saya ditanya bagaimana saya akan mengamalkan kod pemakaian dan tatacara penampilan, serta ditanya adakah saya akan menggunting rambut saya.”

Menurut Raz walaupun menolak tawaran kerja syarikat antarabangsa tersebut, beliau diminta mempertimbangkan balik keputusannya oleh wakil syarikat itu dengan syarat rambut ikal mayangnya tetap perlu dipotong pendek.

Raz juga dilaporkan mempersoalkan jika staf wanita di restoran itu bebas dibiarkan bergaya dengan berambut panjang semasa kerja tanpa perlu diikat rapi, kenapakah individu lembut seperti dirinya dilayan amat berbeza?


Beliau membawa isunya ke Suhakam dengan harapan supaya syarikat yang beroperasi di negara ini akan mengubah polisi pelantikan staf serta sebarang bentuk diskriminasi sama ada berasaskan agama, jantina, bangsa dan lain-lain.

Mak nyah tersebut malah menyifatkan pada pandangan beliau bahawa arahan kod penampilan diri yang berbeza sedemikian rupa hanya kerana karakter trasngender sebagai tidak berperlembagaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori