Politikkan Kerabat Diraja, Asyraf Bidas Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Adakah dengan meminta kerajaan bersikap telus tentang isu membabitkan kedaulatan negara dianggap sebagai tindakan mempolitikkan suatu perkara?

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang membidas bekas menteri Tan Sri Rais Yatim.

Tambah Ashraf, keresahan rakyat termasuklah kedua-dua parti itu berkenaan Statut Rom adalah seiring dengan pendedahan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila mengatakan Majlis Raja-raja tidak dirujuk mengenai perkara tersebut.

“Apakah kita minta kerajan bersifat telus dan mohon perkenan Majlis Raja-raja itu cubaan berpolitik? Soalnya ialah pendedahan itu dilakukan kerabat diraja sendiri, jadi sudah tentulah masyarakat dan rakyat yang menjunjung kedaulatan negara dan institusi Raja-raja Melayu rasa resah, dan prihatin berkenaan perkara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Terdahulu Rais menerusi Twitternya menyifatkan UMNO dan PAS mempolitikkan agama, kaum dan kerabat diraja, apabila Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam baru-baru ini memperlihatkan isu membabitkan Statut Rom dan TMJ.

Mengulas lanjut, Ashraf menegaskan keresahan rakyat sudah tentu tidak tercetus jika Majlis Raja-raja dirujuk dan diberikan maklumat yang benar tentang Statut Rom.

Keadaan ini tambah beliau, membuktikan Malaysia baharu selepas setahun pentadbiran Pakatan Harapan adalah Malaysia yang haru-biru.

Keadaan ini tambah beliau, membuktikan selepas setahun pentadbiran Pakatan Harapan mentadbir negara, Malaysia baharu adalah Malaysia yang haru-biru.

“Ini bukan Malaysia baharu tapi haru-biru,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Loading...