Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kongsi Maklumat, Tangkis Ancaman...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa anggota komuniti...

2 Rakyat Myanmar Maut...

BACHOK - Dua rakyat Myanmar termasuk seorang kanak-kanak lelaki maut dihempap dahan pokok...

Harga Petrol Kekal, Diesel...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras...

Pegawai Kementerian Pendidikan Menyamar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi amaran kepada semua pihak supaya...

Politik Wang Makin Membimbangkan – Rafizi

SEREMBAN – Budaya politik wang dilihat semakin membimbangkan pada musim pemilihan parti PKR, kata Naib Presidennya Rafizi Ramli.

Beliau berkata anggota parti perlu menolak calon-calon yang mengamalkan budaya itu dan memilih calon yang berlaku adil, berkhidmat dan berjuang untuk rakyat di akar umbi.

“Sekarang kita berada di kedudukan yang diuji dengan politik wang kerana akan ada pihak yang menawarkan wang sebab bila dah jadi kerajaan ramai pihak yang berduit ini akan berminat dengan parti kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Rafizi Ramli sempena Pemilihan PKR 2018 di sini malam tadi.

Rafizi berkata antara sebab utama beliau mengambil keputusan bertanding jawatan timbalan presiden parti adalah kerana untuk membendung budaya politik wang daripada terus merebak dalam PKR.

Beliau juga menasihati calon PKR Negeri Sembilan untuk mendekati dari awal anggota parti yang akan mengundi selain bersedia dengan sebarang provokasi daripada pihak luar. – BERNAMA

Kategori