Politik Game Plan Tun Mahathir

ORANG yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau dan PPBM hanya ada 13 kerusi Parlimen. Tetapi ingat, senjata utama iaitu “kuasa” masih di tangannya.

Berdasarkan track record, Mahathir tidak pernah gagal dalam menggunakan kuasa untuk berkuasa. Dengan kuasa di tangannya itu, dia mampu bertahan selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang keempat sebelum ini.

Dia mampu menumpaskan “Reformasi Anwar” pada 1998, dia mampu menamatkan riwayat Parti Semangat 46 yang wujud pada 1988, malahan mengurangkan kuasa Raja waima memecat Ketua Hakim Negara.

Maka apakah game plan terbaharu beliau? Dengan kuasa di tangannya, beliau akan memecah belahkan UMNO dan PKR dari dalam. Mereka yang serah diri kepada Mahathir akan menambahkan kerusi Parlimen PPBM.

Mohd Puad Zarkashi

Sudah tentu akan ada individu duri dalam daging yang akan digunakan untuk memujuk beberapa MP UMNO menyerah diri. Sebab itu layanan buruk diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang dikenakan puluhan dakwaan.

Beliau dan Rosmah terpaksa turun naik pejabat SPRM dan PDRM beberapa kali. Dan jika benar Zahid sebagai Presiden UMNO juga ditahan dan didakwa, ia bertujuan untuk gertak dan menakutkan pemimpin UMNO yang lain.

Mahathir sudah ada Azmin untuk memecahkan PKR menjadi dua. Mahathir memang berasa tidak selamat apabila Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson nanti.

Ingatlah, “game plan” Mahathir melalui “kuasa” belum pernah gagal. Kepada semua MP UMNO, tolonglah “jangan belot”.

Mohd. Puad Zarkashi
5.10.2018

Loading...