Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Benar Atau Tidak 1MDB...

Dari Facebook Najib RazakRASANYA saya sudah ulas isu 1MDB menyelesaikan kerugian RM19 bilion...

“Tiada Hotel Di KL,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan mengesahkan setakat ini belum ada lagi mana-mana...

Transformasi Pendidikan Tingkat Tahap...

KULIM - Transformasi kerajaan dalam bidang pendidikan terbukti berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat...

Padah Mahu Cantik, Muka...

ROMANIA – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak...

Polis Terima Laporan Aktiviti Judi Di PKRC MAEPS

SEPANG – Polis menerima satu laporan berhubung tindakan segelintir pesakit Covid-19 dipercayai berjudi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada petugas polis di PKRC MAEPS Serdang di balai Dato Abu Bakar Baginda.

Katanya, setakat ini polis masih belum membuat sebarang tindakan dan menunggu laporan daripada balai berkenaan.

Jangan Risau… Klik Sini

“Polis telah menerima video tular berkenaan kegiatan judi yang didakwa berlakudi PKRC Maeps, Serdang.

“Berdasaran rakaman video itu tedapat beberapa lelaki dilihat berkumpul sambilbermain daun terup, namun tiada wang diletakkan selain paket makanan seperti biskut dan mi segera dijadikan sebagai barang pertaruhan,” katanya.


Tindakan segelintir pesakit Covid-19 itu mengundang kecaman netizen mendakwa PKRC ibarat mini kasino selepas beberapa rakaman video berkaitan insiden itu tular di media sosial.

Sebelum ini media melaporkan, sekumpulan pesakit Covid-19 di PKRC Sabah mengambil minuman keras secara terbuka sehingga mengundangan kemarahan orang ramai. – myMetro Online

Kategori