Polis Dikecam, Tahan Seorang Bapa Disangka Khayal Dadah

VIRGINIA –Polis di West Virginia menerima kecaman selepas didakwa menahan dengan kejam seorang bapa berusia 39 tahun yang didakwa sedang khayal akibat dadah, sedangkan hakikatnya lelaki itu menghidap penyakit Huntington.

Hungtington merupakan penyakit yang berpunca akibat masalah genetik yang menjejaskan kawalan otot dan mendorong kepada kemerosotan pemikiran serta menjadi ketara pada pertengahan usia.

Jeffrey Bane ditangkap pada 6 September lalu kerana polis menyangka dia mengambil dadah ketika membawa dua anaknya ke taman permainan.

Meskipun Bane merayu tidak ditangkap namun empat anggota polis telah menahannya secara kasar dan video rakaman tangkapan itu dimuat naik dalam YouTube.

Bagaimanapun polis mendakwa ketika kejadian Bane sedang khayal dan dia memegang anaknya secara kasar.

Bane juga didakwa menendang dan cuba meludah salah seorang anggota polis namun anggota keluarganya menafikan perkara itu.

Menurut sepupunya, Josh Bane, mangsa dibiarkan selama 10 minit hinggakan dia terpaksa merayu dan menangis akibat kesakitan serta tidak dapat bernafas.

“Dia juga muntah darah dan apabila salah seorang anggota polis memegang kepalanya, perbuatan itu memberikan tekanan kepadanya,’’ kata Josh.

Keluarga Bane kini membuka akaun facebook bagi mendapatkan keadikan terhadap Bane supaya dakwaan yang dikemukakan ke atasnya akan digugurkan.

Loading...