Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Minuman Dibaca Ayat...

AIR minuman yang didakwa dibacakan ayat-ayat al-Quran akan dilarang dijual tidak lama lagi. Pelaksanaan larangan...

Doktor Keluarkan Spanar Dari...

BAGHDAD - Satu rakaman video mengerikan menunjukkan detik-detik sekumpulan doktor pakar di sini berusaha...

Hanya 5 Peratus Pengundi...

KEKALAHAN besar calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini terhadap calon Barisan Nasional (BN),...

Pelajar Bukan Orang Gaji...

ADA seorang sahabat saya yang bertugas selaku pensyarah di universiti tempatan jika sesekali berjumpa...

Polis Tercantik Jerman Diarah Berhenti Kerja Jika Mahu Jadi Model

DRESDEN, Jerman – Seorang wanita yang digelar polis tercantik Jerman’ diberi kata dua sama ada masih mahu menjadi penjawat awam atau berhenti untuk mengejar populariti sebagai model di Instagram.

Adrienne Koleszar, 34, yang bertugas di bandar ini mempunyai 557,000 pengikut di Instagram yang sering memuji bentuk badannya sehingga dia diberi gelaran polis tercantik Jerman dua tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail.

Awal tahun ini, permohonan cuti enam bulan tanpa gaji Koleszar diluluskan dan dia menghabiskan masa bercuti di seluruh dunia bagi mengejar impiannya untuk menjadi bintang Instagram.

Bagaimanapun, dalam pertemuan bersama pegawai atasannya minggu lalu, wanita itu diberi pilihan sama ada kembali bekerja bermula 1 Januari ini atau berhenti kerana negeri Saxony memerlukan sehingga 1,000 anggota polis sepenuh masa, lapor media Jerman.


Memetik laporan akhbar Bild, Koleszar memberitahu dia ingin berjaya dalam kedua-dua bidang kerjaya itu tetapi sedar bukan semua yang diimpikan dapat dicapai. Dia diberi tempoh sehingga hari ini untuk membuat keputusan. – Agensi/Kosmo Online

Kategori