Polis, Tentera Kawal Bank Dan ATM Pada Hari Gaji

SHAH ALAM – Kawasan bank serta mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berikutan dijangka berlaku kesesakan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jangkaan kesesakan itu mengambil kira tumpuan orang ramai yang akan memenuhi bank dan mesin ATM untuk mengeluarkan wang gaji mereka.

“Dalam beberapa hari lagi gaji akan dibayar kerajaan dan majikan masing-masing. Kita jangka akan berlaku kesesakan di bank, ATM. Jadi kita menyeru jangan berpusus-pusu di bank.

“Kita akan minta polis, tentera.. jika perlu untuk mengawal supaya pematuhan penjarakkan sosial itu dilakukan semasa di ATM dan bank. Kita minta polis bantuan, pengawal keselamatan akan lihat juga perkara ini,” katanya dalam sidang media mengenai PKP hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata, pihak bank akan menentukan jumlah kemasukan individu ke premis berkenaan dalam satu masa bagi memastikan setiap individu melakukan penjarakan sosial semasa urusan masing-masing.

“Semua pihak diseru jangan berpusu-pusu di bank atau di ATM. Kita akan minta polis dan ATM jika perlu untuk mengawal di kawasan bank, ATM supaya pematuhan kepada penjarakan sosial itu semasa proses pengeluaran wang dan sebagainya di bank atau sebagainya.

“Kita minta polis bantuan, pihak keselamatan di bank untuk mengawal jumlah kemasukan serentak yang mungkin akan berlaku,” katanya. – Sinar Harian

Loading...