Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Pahang Pergiat...

KUANTAN – Kerajaan Pahang giat mempromosikan Cherating sebagai antara destinasi pelancongan utama di...

1MDB: Nur Jazlan Minta...

JOHOR BAHARU - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan...

Margot Robbie Pegang Watak...

NEW YORK - Aktres Australia, Margot Robbie akan memegang watak anak patung ikonik...

Rumah Jangu Tahir, Inspirasi...

SEBAUH - Cantik serta memberi inspirasi, itu mungkin ayat paling ringkas untuk menggambarkan...

Polis Tahan Wanita Buang Bayi Dalam Pesawat

JAKARTA – Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang bayi yang ditemui mati di dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa Jakarta.

Ketua polis lapangan terbang, Ahmad Yusef berkata, Hani, 37, yang berasal dari Cianjur, Jawa Barat ditahan tidak lama selepas tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dari Bangkok pada jam 1 pagi (waktu tempatan).

“Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disiasat sehingga dia stabil. Wanita itu kini dirawat di pusat kesihatan lapangan terbang,” katanya.

Polis mengesyaki Hani yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun, melahirkan bayi secara rahsia ketika menaiki penerbangan Etihad dari negara itu ke Jakarta kelmarin.

Kira-kira empat jam selepas berlepas, wanita itu mengalami pendarahan menyebabkan kapten pesawat mengambil keputusan mendarat di Bangkok.

“Wanita ini duduk di kelas ekonomi tetapi kemudian baring di kelas perniagaan dengan memakai topeng oksigen.

“Kapten kemudian mengumumkan bahawa pesawat perlu dilencongkan ke Bangkok,” kata kru pesawat, Francesco Calore.


Tambahnya, apabila pesawat Airbus A330 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok satu pasukan perubatan masuk ke dalam pesawat untuk memindahkan Hani.

Pesawat itu berlepas ke Jakarta sejam selepas itu tanpa wanita berkenaan yang menaiki penerbangan lain untuk pulang.

Pekerja pembersihan di Jakarta menemui mayat bayi lelaki yang cukup bulan itu dibalut dengan beg plastik di dalam laci di tandas pesawat.

Menurut Yusef, punca kematian bayi itu masih belum diketahui. – AFP/myMetro Online

Kategori