Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Status ECRL Bergantung Keputusan...

KUANTAN - Status pelaksanaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bergantung kepada keputusan...

MP DAP Saran Anggota...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng meminta semua ahli...

Amah Jijik, Campur Air...

MENJIJIKKAN....seorang amah telah dirakamkan melakukan perbuatan jijik terhadap majikannya di Kuwait dengan mencampurkan...

Gambar: Penthouse Mewah Cristiano...

SIAPA tidak mengenali figura yang berasal dari Portugal ini.Wajahnya sering kali terpampang di...

Polis Tahan Suspek Sindiket Kerja Kemboja

POLIS menahan seorang daripada 3 suspek yang dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan di Kemboja, di sebuah kawasan terbuka di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, pada 10 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak (JSJK), Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek yang dikenal pasti sebagai Chang Ying Siong berumur 25 tahun ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis akan memohon perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Kuching hari ini, sekiranya siasatan belum diselesaikan dalam masa 24 jam,” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis masih memburu 2 lagi lelaki yang dikehendaki, iaitu Mohd Ghafar Abd Jamal, 26, dan Lai King Loong, 31.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Pricha Azin di talian 019-889 7640 atau ke mana-mana balai polis berdekatan.


Dalam pada itu, 2 suspek yang ditahan pada 25 Februari lalu, iaitu seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berumur 35 tahun sudah dibebaskan dengan jaminan polis, Isnin lalu.

Kategori