Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Apartmen Sri Duta...

KUALA LUMPUR – Insiden tanah runtuh menyebabkan penduduk di Apartmen Sri Duta 1,...

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Hargai Rakyat Malaysia Tak...

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri melahirkan penghargaan...

46 Dokumen Kes Hasanah...

KUALA LUMPUR — Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu sebanyak 46 dokumen...

Polis Tahan Suspek Pecah Masuk Universiti

KUALA TERENGGANU – Seorang banduan yang baru sahaja dibebaskan Julai lalu kerana kes pecah masuk bangunan universiti, ditahan semula pada 11 Dis lalu kerana melakukan kesalahan di lokasi jenayah yang sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Suffian Sulaiman berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di lokasi persembunyiannya di sebuah rumah di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit berikutan risikan dan maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata suspek sudah 12 kali memecah masuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan mengumpil pintu atau tingkap gelongsor yang tidak dipasang jeriji sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM55,000.

“Suspek yang tidak bekerja menjalankan aktiviti ini sejak Julai lalu dan melarikan barangan wang tunai, barang berharga seperti komputer riba, jam tangan, telefon bimbit dan barang kemas milik kakitangan universiti yang ditinggalkan di dalam laci serta almari.

“Walaupun baru sahaja dibebaskan selepas setahun dipenjara, dia nampaknya tidak serik dan mengulangi kegiatan sama, mungkin kerana dasar universiti sendiri yang membenarkan orang ramai bebas keluar masuk menyebabkan aspek keselamatan agak longgar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, polis turut menangkap dua lagi rakan suspek termasuk seorang ibu tunggal beranak lima yang dipercayai bersubahat menyimpan dan menjual barang curi berkenaan.


Suffian berkata ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan pecah rumah serta bangunan.

“Dengan serbuan itu, kita berjaya mendapatkan kembali beberapa buah komputer riba yang disahkan milik kakitangan UMT dan UnisZA, gelang tangan yang dileburkan bernilai RM3,000 dan beberapa buah telefon pintar.

“Hasil siasatan mendapati suspek menggunakan wang hasil jualan barang curi untuk membeli dadah dan berfoya-foya dengan wanita di negara jiran. Kita juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercaya rakan subahat mereka yang dikenali dengan nama ‘Emi Pok Samad’ yang berasal dari Kampung Tok Jembal bagi membantu siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori