Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terdapat 13 Kluster Baharu...

PUTRAJAYA - Ada 13 kluster baharu jangkitan COVID-19, jumlah tertinggi sejak penularan wabak...

Setelah Dikritik, Denda Hilang...

TURUN... Ekoran teruk dikritik rakyat, Jabatan Imigresen dilaporkan telah turunkan kadar denda kehilangan...

Lelaki Maut Motosikal Rempuh...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh bas yang...

FGV Menang Anugerah ’50...

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Usaha berterusan bagi meningkatkan amalan sumber manusia...

Polis Tahan Seorang Lelaki Berhubung Kes Tembak

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes tembak di Tropicana Indah, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan pada 7 malam, beberapa jam selepas kejadian itu, di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

“Mangsa yang ditembak di bahagian perut ketika ini masih tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, seorang lelaki cedera ditembak di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di persiaran Tropicana, Kota Damansara, di sini.


Kejadian itu berlaku kira-kira 4.50 petang semasa mangsa baru sahaja selesai membeli rokok di kedai serbaneka itu sebelum secara tiba-tiba ditembak. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori