Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

NRE Punya Mekanisme Halang...

SEPANG - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mempunyai mekanisme untuk menghalang...

TMJ Secara Rasmi Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara rasmi...

Reman Suspek Bunuh Isteri,...

Johor Bahru : Tempoh tahanan reman lelaki disyaki terbabit kes bunuh isteri dan...

Bercerai Beberapa Minit Selepas...

KUWAIT CITY - Sepasang pengantin baharu tidak sempat menikmati malam pertama apabila bercerai...

Polis Tahan Remaja ‘Pailang’ Pukul Budak Di Muar

Semalam kami ada siarkan video viral seorang remaja dibuli rakan sebaya di sebuah ladang di Muar, Johor.

Susulan itu empat remaja lelaki berusia 13, 14 dan 15 tahun kini sudah ditahan polis. Antara mereka ini termasuklah seorang daripadanya yang beraksi ala pailang dalam rakaman tersebut apabila menendang kepala, memukul menggunakan batang kayu dan meludah muka mangsa selepas berpura-pura mahu bersalam.

Siasatan polis mendapati kejadian buli tersebut berlaku jam 5 petang 14 Ogos lalu di tepi ladang kelapa sawit di Air Hitam, Bakri.

Susulan rakaman itu tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu, keluarga mangsa tampil membuat laporan polis pada 25 Ogos dan malam kelmarin.

Sebagai bahan bukti, polis telah ke lokasi kejadian dan membawa pulang kayu sepanjang satu meter yang digunakan untuk memukul mangsa ke IPD Muar bagi membantu siasatan.


Polis Tahan Remaja 'Pailang' Pukul Budak Di Muar

Inilah akibatnya tak padan dengan kecil dah pandai nak tunjuk gangster. Tak fasal-fasal merasa tidur lokap kan? –REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY
Sumber: Harian Metro

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori