Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2,437 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,437 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan pesakit...

Anwar ‘Dwistandard’ Pertikai Bayaran...

KENAPA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba pertikai isu pelantikan dan bayaran...

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

Khaled ‘Edit’ Kenyataan Menyeleweng...

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegur dan...

Pembantu Tadbir Serang Penyelia Dengan Parang

LIMBANG – Polis tahan seorang pembantu tadbir yang dipercayai cuba serang penyelianya dengan parang kerana dikatakan berang diberi markah rendah dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT).

Ketua Polis Limbang, Supt. Mohd. Bukhori Saffai berkata lelaki berusia 31 tahun tersebut yang bertugas di Hospital Limbang ditahan pada 12.35 tengah hari semalam di Kampung Patiambun susulan laporan polis yang dibuat seorang wanita berusia 34 tahun yang juga penyelianya.

“Sebilah parang berukuran 42.5cm berserta sarung kayu berwarna coklat turut dirampas ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bukhori berkata suspek mengaku membawa parang tersebut semasa kejadian pada 2.15 petang Khamis lepas kerana tidak berpuas hati selepas mendapat markah SKT rendah iaitu 80 peratus berbanding 87 peratus sebelum ini.

Siasatan juga mendapati suspek menghunus parang tersebut untuk cuba menyerang mangsa namun berjaya dihalang oleh rakan sekerja mangsa yang turut berada di tempat kejadian, katanya.


“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menambah suspek direman empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Video di bawah bukan kejadian seperti berita di atas

Kategori