Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Cerita Jerawat Batu, Hafreez...

TRANSFORMASI pelakon Hafreez Adam Aizat dari berwajah penuh berjerawat batu kepada 'hensem' bergaya sememangnya...

Puad, Lokman Bidas Mahathir...

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Majlis Tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Tun...

Polis Tak Keluar Kad...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kad keahlian Program...

TH Nasihat Jemaah Ikut...

MAKKAH - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati semua jemaah haji Malaysia agar mematuhi...

2 Individu Ditahan Kes Penganiayaan Kucing

HASIL laporan yang diterima oleh pihak polis, satu serbuan secara besar-besaran telah dilakukan di sebuah kedai haiwan di Seksyen 14, Shah Alam tengahari tadi.

Baca: Kucing Baka Mahal Mati, Vet Tak Mahu Tanggungjawab

Sekurang-kurangnya sebanyak 35 laporan polis telah dibuat oleh mangsa penipuan pelaburan kucing tersebut yang telah menipu dan menganiaya kucing-kucing di kedai berkenaan.

“Bertindak atas aduan, tiga serbuan serentak dilakukan hari ini iaitu di cawangan Shah Alam, Setapak dan Bandar Baru Uda Johor Bharu.

“Hasil serbuan, kita merampas dokumen iaitu sijil baka kucing yang dilaburkan dan polis kini mengesan pemilik kucing lain yang turut terbabit dalam pelaburan ini,” kata Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner S Sasikala Devi.

Laporan kerugian yang dialami oleh mangsa pelaburan yang terbabit telah mencecah kira kira RM1.56 juta.

Namun, difahamkan sebuah premis yang beroperasi di Setapak juga telah ditutup sejak dua bulan yang lalu.

Tambahnya lagi, siasatan pihak polis mendapati mangsa telah diperdaya dengan diberi tawaran kucing baka import seperti Siberian, Scottish Fold, British Short Hair dan banyak lagi turut mencecah harga antara RM10,000 sehingga RM30,000.

“Kucing yang dibeli itu kemudiannya akan diletakkan di premis syarikat itu untuk proses mengawan dan mangsa dijanjikan pulangan lumayan selepas kucing berkenaan melahirkan anak.

“Setiap anak kucing yang dilahirkan akan dijual pada harga RM7,000 ke atas dan mangsa akan memperoleh keuntungan sehingga RM50,000 selepas setahun,” tambahnya lagi.


Bagaimanapun, janji  hanya tinggal janji sahaja apabila mangsa langsung tidak mendapat sebarang pulangan daripada syarikat tersebut.

Pihak polis turut telah menahan pemilik syarikat berkenaan serta pengurusnya yang telah menawarkan perkhidmatan pelaburan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Dalam masa yang sama, pemilik kucing yang telah membuat laporan polis turut diminta agar tampil untuk agar kes itu dapat dipermudahkan dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain itu, Asrol Adizar yang merupakan seorang aktivis, turut meminta agar pemilik kucing untuk tampil mengambil kucing mereka yang berada di mana-mana cawangan.

Malah, jika ada pemilik yang tidak berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan kerana mengabaikan haiwan peliharaan dan akan didakwa dibawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 serta didenda sebanyak RM50,000.

Hal ini demikian, jika mana-mana pemilik tampil untuk mendapatkan kucing mereka, masih ada harapan bagi mereka untuk mendapatkan wang pampasan bagi memperbetulkan keadaan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori