Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Pakar 3 Hospital...

BANTING - Kementerian Kesihatan bercadang untuk menggabungkan perkhidmatan pakar tiga hospital di Selangor...

Sifat Bumi Bulat, Hujah...

EKORAN kekecohan dan perdebatan hangat mengenai bentuk bumi sejak beberapa hari lalu, Mutfi...

VIDEO: Bila Perempuan Terlalu...

Selalunya menonton perempuan menari adalah perkara yang mengasyikkan.Tapi merujuk pada perempuan dalam video...

Gary Steven Berlatih Dengan...

KUALA LUMPUR - Pemain muda negara, Gary Steven Robbat, 22, yang dikenakan hukuman...

Polis Tahan Anak Lionel Richie Ancam Bom Palsu

LONDON – Anak lelaki penyanyi terkenal, Lionel Richie ditahan polis selepas bertengkar dengan pihak berkuasa itu di Lapangan Terbang Heathrow selain membuat ancaman bom palsu.

Menurut laman web TMZ, kejadian dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu apabila model berusia 24 tahun itu, Miles Brockman Richie memberitahu kakitangan lapangan terbang bahawa dia membawa bom sebelum memukul salah seorang pengawal keselamatan terminal.

LAPANGAN terbangkan yang diancam bom paslu. – Foto Agensi

Daily Mail melaporkan, beberapa saksi di tempat kejadian memberitahu pemuda itu berang kerana tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Dia kemudiannya mendakwa membawa bom dan akan meletupkannya jika pengawal keselamatan masih berkeras untuk tidak membenarkannya masuk ke terminal sebelum menumbuk salah seorang kakitangan.

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan berkata, pemuda terbabit diberi amaran kerana membuat ancaman bom palsu dan melakukan serangan di lapangan terbang terbabit.


Bagaimanapun, Richie dilaporkan sudah dibebaskan selepas itu, kata sumber pihak berkuasa kepada TMZ. – Agensi

Kategori