Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bilik Seks 5 Jam...

RIYADH — Meskipun dilengkapi puluhan pengawal bersenjata berat automatik, penjara kawalan amat ketat Al-Hair...

Enam Spesies Baharu Katak...

ANDES: Kementerian Alam Sekitar, Air dan Peralihan Ekologi Ecuador memaklumkan enam spesies baharu...

Kenyataan SPR Syarat Tambahan...

KUALA LUMPUR – Berikut adalah kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan hari...

VIDEO: Respon Bayi Lihat...

VIDEO yang menyentuh perasaan orang ramai ini memaparkan detik gembira seorang bayi perempuan...

Polis Tahan 4 Suspek Kes Mayat Rentung

IPOH – Polis menahan empat suspek termasuk dua wanita berhubung penemuan mayat rentung dipercayai mangsa bunuh dalam kereta yang terbakar di ladang kelapa sawit di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan, semalam.

Mayat lelaki dipercayai berketurunan Cina itu ditemui seorang penduduk yang melalui kawasan itu jam 8.45 pagi.

Siasatan awal polis mendapati kes itu bermotifkan masalah peribadi membabitkan teman wanita.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata suspek berusia antara 24 hingga 37 tahun ditahan di beberapa lokasi di daerah Hilir Perak.

Katanya, tangkapan dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dalam operasi bermula jam 2 petang hingga 8 malam tadi.

“Kita percaya dengan tertangkapnya semua suspek, kita berjaya menyelesaikan kes ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Perak di sini, hari ini.

Razarudin berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi membabitkan teman wanita.

“Semua suspek direman tujuh hari. Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, dilaporkan berkata siasatan mendapati mayat mangsa berada di tempat duduk penumpang hadapan di sebelah kiri dalam keadaan hangus terbakar keseluruhan dan identitinya belum dikenal pasti.

Polis percaya mangsa dibawa dari tempat lain dan dibakar di lokasi kejadian.

Sementara itu, Razarudin mewakili Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan, menyaksikan majlis serah terima tugas di IPK hari ini.

Pada majlis itu, bekas Ketua Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham, 59, dilantik menjadi Ketua JPJKK negeri berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk T Selven, 57, yang bertukar jawatan menjadi Ketua Penolong Pengarah Penataan dan Analisa JPJKK Bukit Aman, Isnin ini, selepas berkhidmat lebih tiga tahun sebagai Ketua JPJKK negeri. – BH ONLINE

Kategori