Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kelayakan Piala Dunia 2022:...

JAKARTA - Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi hari ini secara terbuka...

Miliki Kenderaan Curi, Kelindan...

PETALING JAYA - Gara-gara memiliki sebuah kereta curi, seorang kelindan lori yang mempunyai...

LRT3 Dijangka Operasi 18...

KLANG : Projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang bermula di Bandar...

Lagi Kluster Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak, dikenali sebagai ‘Kluster Sentosa',...

Polis Tahan 4 Individu, Tumpas Geng Pecah Rumah

SEREMBAN – Polis menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing berumur antara 22 dan 47 tahun yang dipercayai anggota geng pecah rumah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Kemayan Square di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata dalam serbuan pada kira-kira pukul 5.15 petang yang dibuat berdasarkan maklumat awam itu, polis menahan dua lelaki di koridor tingkat 10 hotel berkenaan, sebelum disusuli dengan penahanan dua lagi suspek di tingkat yang sama.

Katanya polis turut merampas wang tunai lebih RM500,000, lapan utas jam tangan pelbagai jenama, enam resit pembelian barang kemas, lima rantai, dua subang emas, dua subang perak, satu gelang perak, dua komputer riba, sebuah drone serta tiga kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan dua Honda City.

Beliau berkata semua suspek direman tujuh hari bermula hari ini, dan dengan tertangkapnya empat suspek itu Thiew percaya polis menyelesaikan 11 kes pecah rumah di Seremban.


“Selain Seremban, saya percaya kumpulan ini juga bergiat aktif dalam aktiviti pecah rumah di beberapa negeri lain iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. – BERNAMA

Kategori