Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Musa Perlu Angkat Sumpah...

KOTA KINABALU - Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat...

Remaja Tendang Kucing Kena...

BUTTERWORTH - Remaja perempuan yang menendang seekor anak kucing dikenakan bon berkelakuan baik...

“Azmin Bukan Saingan Saya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau mempunyai sokongan yang mencukupi...

Program ‘Buaian Gantung’ Usaha...

MARAN - Program 'Hammock Camping Gathering' (buaian gantung) dicadang agar dijadikan acara tahunan...

Polis Tahan 2 Suspek Selepas 27 Jam Rompak Pasar Mini

KUCHING – Selepas 27 jam melakukan rompakan bersenjata di sebuah pasar mini di Sungai Maong di sini semalam, dua lelaki diberkas di sebuah kampung di sekitar Tabuan Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata dalam insiden pada 10 pagi itu, seorang juruwang wanita cemas dan panik selepas didatangi dua lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau pemotong daging, yang ketika itu mangsa bekerja bersendirian di pasar mini berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah mendatangkan trauma fizikal dan emosi terhadap mangsa, serta mencuri wang tunai RM1,200, telefon bimbit dan beberapa paket rokok.

“Anggota D9, Jabatan Siasatan Jenayah terus jalankan siasatan, mengumpulkan maklumat mengenai gambaran kedua-dua suspek dan mendapatkan petunjuk daripada pemberi maklumat mereka.

“Kira-kira 27 jam kemudian, anggota D9 berjaya mengenal pasti, menjejaki dan menahan kedua-dua suspek berusia 28 dan 34 tahun, di sebuah kampung di sekitar Tabuan Jaya,” katanya.


Pisau pemotong daging dan telefon bimbit mangsa serta eksibit lain turut ditemui, katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori