Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kereta Terbakar Gara-Gara Nyalakan...

RUSIA – Gara-gara merokok, seorang wanita terkejut apabila keretanya terbakar sebaik sahaja dia...

Bayaran Balik Hasil Sabah:...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap penangguhan...

PAS Akui Hadapi Masalah...

BATU PAHAT - PAS akhirnya mengakui bahawa parti itu mempunyai masalah dalaman biarpun...

Lari Daripada Polis, Mat...

PENDANG – Usaha seorang penagih dadah veteran melarikan diri daripada polis membawa padah...

Polis Kenal Pasti Identiti Penembak Christina Grimmie

PIHAK polis sudah mengenal pasti identiti penembak penyanyi Christina Grimmie yang maut selepas mengadakan persembahan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat, Jumaat lepas.

Suspek dikenal pasti sebagai Kevin James Loibl, dipercayai melepaskan empat tembakan ke arah Christina ketika mangsa sedang menghadiri majlis beramah mesra dan sesi menandatangani autograf sebaik persembahannya selesai.

Penyanyi berusia 22 tahun itu maut ketika mendapatkan rawatan di hospital selepas ditembak di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Orlando, John Mina, suspek yang berasal dari St. Petersburg, berkunjung ke Orlando dengan dua pistol dan sebilah pisau semata-mata ingin menembak Grimmie.

Bekas Peserta ‘The Voice’ Mati Ditembak Lepas Konsert

Namun sehingga kini pihak polis masih belum mengetahui motif sebenar tindakan suspek dan dipercayai mangsa tidak mengenali suspek.

Sementara itu, polis turut menyifatkan tindakan berani abang Christina, Marcus Grimmie yang berhadapan dengan suspek selepas dia melepaskan tembakan ke adiknya adalah sebagai satu ‘heroic act’.


“Tindakan Marcus disifatkan sebagai hero kerana dia telah berjaya menyelamatkan orang lain yang mungkin turut menjadi mangsa suspek,” katanya.

Marcus bertindak bergelut dengan suspek sebelum suspek akhirnya menembak mati dirinya sendiri.

Christina merupakan bekas peserta program realiti The Voice musim keenam dan merupakan anak didik kepada coach Adam Levine dalam rancangan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori