Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 1,000 saman JPJ...

NILAI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan sebanyak 1,116 saman pelbagai...

KPDNKK Kedah Lupus Barang...

SUNGAI PETANI - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah...

Thai Turut Bantah Cadangan...

KUALA LUMPUR - Thailand, pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia, akan bekerjasama dengan...

Fahami Konsep Jihad Sebelum...

HULU TERENGGANU - Rakyat Malaysia khasnya belia harus memahami konsep jihad sebenar mengikut...

Polis Sisasat Kumpulan Panjat Papan Tanda ‘IPOH’

IPOH – Pihak polis sedang menyiasat laporan berhubung sekumpulan remaja yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan IPOH di Jalan Kuala Kangsar yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Majlis Bandaraya Ipoh iaitu pemilik papan tanda itu awal pagi tadi.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain, yang jika sabit boleh dihukum penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-dua sekali.

Kaitan: MBI Tak Pernah Terima Permohonan Panjat ‘IPOH’

“Polis turut meminta media atau orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Huruf-huruf itu ditegak pada ketinggian melebihi 20 meter.


Kumpulan berkenaan turut berbaring di dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf-huruf tersebut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ipoh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori