Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bantah S/U Agung PKR...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang cetus kemarahan umat Islam di negeri...

Hidupkan 10 Malam Terakhir...

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak terus hanyut dalam keghairahan menyambut...

Universiti Perlu Perkasa Bidang...

PUTRAJAYA - Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan institusi pengajian...

Cubaan Memfitnah MB Johor...

HILANG modal. Itu gambaran jelas tentang keadaan terkini wakil pembangkang di Johor.Sepatutnya sidang...

Polis Singapura Kini Bebas Serbu Rumah Urut

TEGAS… Jika di Selangor ketika ini pesat tumbuh lebih 6,000 buah rumah urut tawar khidmat seks berbanding 420 buah sahaja pada 2008, lain pula halnya di Singapura yang ada masalah sama.

Media tempatan melaporkan pihak polis republik itu kini tidak lagi perlu waran mahkamah untuk memeriksa rumah urut yang disyaki turut menjalankan kegiatan maksiat terutama aktiviti pelacuran kepada pelanggan lelaki mereka.

Langkah keras itu diambil ketika pasukan polis meningkatkan usaha penguatkuasaan terhadap rumah urut terutama beroperasi tanpa lesen setelah Akta Rumah Urut yang diluluskan Parlimen Singapura berkuat kuasa pada bulan ini.

Setakat hari ini, hanya 10 wanita berjaya ditangkap atas kesalahan di bawah Piagam Wanita dan Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing ekoran masalah birokrasi untuk mendapatkan waran bagi melakukan penggeledahan premis.

Untuk rekod, sebahagian besar rumah urut di Singapura bijak berselindung di sebalik perniagaan spa yang memang dibenarkan mengikut peraturan tetapi menawarkan perkhidmatan seks bagi menarik pelanggan sentiasa datang.

Dengan dikenakan bayaran cuma sebanyak S$50 (RM149) sehingga S$80 (RM238) bergantung kepada jenis posisi persetubuhan, kewujudan rumah urut itu dikatakan antara punca utama kadar perceraian meningkat setiap tahun.


Ia berlaku akibat ramai suami di Singapura kecewa dengan layanan ‘dingin’ daripada isteri ekoran keletihan kerja seharian, kemudian beralih menikmati hubungan batin eksklusif di rumah urut yang lazim ditawarkan warga asing.

Sementara itu, media melaporkan 14 rumah urut dikesan polis yang beroperasi secara haram hasil operasi serbuan terhadap 41 premis tersebut di 15 estet perumahan termasuk Changi, Bukit Timah, Orchard dan Upper Thomson.

Siasatan masih dijalankan. Di bawah Akta baru itu, rumah urut yang beroperasi di premis tidak berlesen boleh dihukum denda sehingga S$10,000 (RM29,806) dan dipenjara sehingga dua tahun bagi kesalahan pertama.

Bagaimanapun untuk kes sabitan kesalahan yang selanjutnya, hukuman denda sehingga S$20,000 (RM59,613) atau boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun atau pun kedua-duanya sekali. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori