Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumpa Mayat Tukang Masak...

Hanya kerana hutang RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah hingga mati oleh...

KUKENAL Diminta Bersedia Bantu...

SUSULAN insiden kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS John S McCain dilanggar...

Doktor Minta Kurangkan Lawatan...

KOTA BHARU - Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz...

‘Geng Subuh’ Aktif Pecah...

YAN - 'Geng Subuh' yang aktif dalam kegiatan pecah kereta di dalam kawasan...

Polis Selangor Ambil Alih Siasatan Kes Babit Ibu Neelofa

KUALA LUMPUR – Kes siasatan membabitkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan dan selebriti popular, Neelofa sudah diambil alih oleh polis Selangor untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dihubungi mengesahkan perkara itu tadi.

Menurutnya, kes hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) akan disiasat secara rapi oleh polis Selangor.

Beliau berkata, keterangan wanita terbabit sudah diambil pihak polis sebelum ini.

“Bagaimanapun jika perlu, pihak polis akan memanggilnya semula untuk membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan polis Kuala Lumpur sebelum ini sudah memulakan siasatan berhubung satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) milik seorang wanita yang juga ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Ia susulan laporan diterima polis berkaitan perkara itu, kira-kira jam 5.44 petang semalam oleh pemilik akaun Instagram berkenaan.

Pihak polis Kuala Lumpur sebelum ini memaklumkan laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita terbabit yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar.


Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik ibu Neelofa dengan membuat hantaran melalui medium ‘IG Story’.

Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Sementara itu Noor Kartini dalam kenyataannya selepas membuat laporan polis semalam, mendakwa kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan ia tidak berulang.

“Saya ingin menjelaskan hantaran berhubung sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dalam IG Story yang tersebar. Ia berlaku atas kecuaian salah seorang kakitangan yang mempunyai akses membuka laman IG saya.

“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.

“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini, berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya. – myMetro Online

Kategori