Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sayu Lihat Murid Tinggal...

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga terpaksa meneruskan kelangsungan hidup dengan berteduh di bawah...

MAS Kampung Baru Dakwa...

PETALING JAYA - Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (MAS) berkata, walaupun...

Kes Khashoggi: Putin Kata...

SOCHI - Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam berkata, Amerika Syarikat (AS) turut menggalas...

Perpustakaan Awam Dari Belanda...

KUALA LUMPUR - Perpustakaan KopGroep Bibliotheken (School 7) di Belanda meraih Anugerah Perpustakaan...

Polis Rekod Keterangan LGE Kes Anaknya Cabul Gadis

GEORGE TOWN – Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Guan Eng di pejabat ketua menteri itu di Komtar, di sini.

“Kami mendapat arahan daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan beberapa keterangan daripada berliau berhubung kes tersebut,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya selepas memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tersebut, berkata ini merupakan kali ketiga polis mengambil keterangannya berhubung kes itu.

“Saya harap akan ada tindakan pada akhirnya dan sudah tentu saya bersedia untuk ke mahkamah untuk memberi keterangan,” katanya.


Media sebelum ini melaporkan seorang blogger mendakwa anak lelaki Lim yang ketika itu berusia 16 tahun mencabul rakan sekolahnya dan bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000. – BERNAMA

Kategori