Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fathia Latiff Dikritik Nampak...

UMUM mengetahui, pelakon jelita Fathia Latiff telah mengambil keputusan berhijrah mengenakan hijab sepenuhnya...

Waktu Tu Saya Fikir...

PENYANYI Hafiz Hamidun, 32, terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital baru-baru ini akibat...

New York Saman TikTok,...

NEW YORK - New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti...

Mutasi Omicron Digelar XE...

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap satu mutasi baharu...

Polis Rakam Keterangan 20 Saksi Termasuk Keluarga Nora Anne

NILAI – Polis telah merakam sebanyak 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Che Zakaria Othman.

Beliau berkata walaupun siasatan kes remaja Ireland yang dilaporkan hilang Ahad lepas menjurus kepada orang hilang, namun polis tidak menolak sebarang kemungkinan lain dan siasatan yang dijalankan adalah secara menyeluruh.

“Pasukan forensik juga sudah mengambil beberapa kesan cap jari di bahagian tingkap ruang tamu termasuk di seluruh bangunan (chalet) berkenaan dan telah dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

“Sehingga kini, tiada petunjuk baharu diperolehi dari pasukan mencari dan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata skala operasi yang digerakkan adalah besar dan diperluaskan dengan penambahan dua lagi zon pencarian menjadikan kesemuanya enam zon.

“Kekuatan anggota dalam operasi SAR juga telah ditingkatkan kepada 214 anggota pada Rabu berbanding 159 anggota pada Selasa,” katanya.

Mengulas mengenai keluarga mangsa yang masih mempercayai bahawa mangsa diculik, beliau berkata respon sebegitu mungkin disebabkan emosi kehilangan anak perempuan berusia 15 tahun apatah lagi remaja berkenaan merupakan anak istimewa.

Dalam pada itu, seorang anggota SAR berkongsi pengalamannya dan memberitahu bahawa kawasan hutan yang bercuram dan gelap merupakan antara cabaran yang perlu ditempuh anggota penyelamat.


Katanya kawasan pencarian juga mempunyai banyak kawasan berbatu besar yang tajam dan licin yang memerlukan setiap anggota lebih berwaspada.

“Operasi hari keempat hari ini mulai ‘muram’ dengan cuaca mendung sejak pagi tadi dengan hujan rintik berbanding sebelum ini cuaca yang amat baik,” katanya.

Katanya kawasan pencarian yang berbukit bukau dan bercuram itu yang dipenuhi pokok-pokok besar setinggi bangunan tiga tingkat bukanlah satu kawasan yang mudah untuk operasi berkenaan walaupun kebanyakan daripada mereka memiliki pengalaman yang luas dan terlatih.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lokasi resort yang terletak berdekatan Gunung Berembun dan di kelilingi dusun buah-buahan serta hutan telah menjadikan kawasan itu sebagai antara kawasan tarikan pelancong asing.

Berada di bukit dengan jarak perjalanan kira-kira 4 kilometer daripada Pekan Pantai, resort itu dilihat agak terpencil dan sunyi menjelang petang malah amat gelap pada waktu malam memandangkan tiada lampu jalan di sekitarnya selain perlu melalui jalan berliku yang sempit untuk ke resort berkenaan.

Tinjauan juga mendapati anggota keselamatan masih mengawal laluan menghala ke resort The Dusun, Pantai, yang menjadi tumpuan media sejak empat hari lepas.

Kategori