Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mertua Terbang Dari India...

NAYA…seorang isteri terpaksa diselamatkan selepas ibu bapa mertuanya sanggup terbang sejauh 8,000 batu...

Selangor Tawar Rumah Mampu...

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit...

Pengganti Maszlee Akan Diumum...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan yang baharu bagi menggantikan Dr. Maszlee Malik akan...

Korban Koronavirus Meningkat 812...

BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak novel koronavirus di China terus menunjukkan peningkatan...

Polis Pulau Pinang Rampas Dadah Bernilai RM300,000

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menahan lima suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan berasingan di sekitar negeri ini minggu lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata serbuan turut menyaksikan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000.

Dalam serbuan pertama pada 12.45 tengah malam 10 Jun lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun di kawasan flat di Jelutong serta merampas dadah bernilai RM26,260 yang ditemui di dalam beg silang yang dibawa suspek, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Thaiveegan berkata susulan tangkapan itu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 36 tahun berhampiran Jambatan Pulau Pinang pada 5 petang hari sama serta merampas dadah bernilai RM21,000.

“Tangkapan ketiga dibuat pada 14 Jun, kira-kira 6 petang di sebuah rumah di Air Itam, melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 36 hingga 47 tahun dan merampas dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM249,500,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga operasi turut menyaksikan polis menyita pelbagai peralatan dipercayai untuk memproses dadah dan sebuah motosikal serta kereta yang dianggarkan bernilai RM71,600.

Katanya bagi tempoh Januari lalu hingga kini, polis Pulau Pinang berjaya melumpuhkan beberapa sindiket dadah melibatkan rampasan bernilai RM13 juta.


“Kita akan mempergiatkan usaha membanteras sindiket dadah ini yang terus menjadikan negeri ini sebagai pusat operasi mereka dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pergerakan mencurigakan berkaitan dadah di kawasan mereka,” katanya.

Sementara itu, Thaiveegan berkata polis sedang memburu seorang lelaki berusia 36 tahun yang melarikan diri ketika cuba ditahan polis di Jalan Macallum kira-kira 11 malam tadi.

Terdahulu, suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Waja cuba melanggar anggota peronda menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan berkenaan.

“Bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri selepas meninggalkan keretanya ketika tiba di jalan mati di Lebuh Carnavon dan hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemukan beberapa peralatan menghisap dadah selain sebilah parang panjang,” katanya. – BERNAMA

Kategori