Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pegawai, Penguatkuasa PBT Direman...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di...

Bomba Lahad Datu Selamat...

LAHAD DATU - Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memberi respons...

Skuad B-22 Layu Aksi...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 22 negara (B-22) bangkit daripada ketinggalan...

‘Pocket Park’ Laman Lucky...

KUALA LUMPUR - 'Pocket Park' Laman Lucky Garden bakal menjadi tarikan terbaru di...

Polis Perak Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.


Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori