Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penahanan Pegawai SPRM Tiada...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa penahanan...

PAS Tidak Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - "Politik PAS adalah politik kerjasama, bukan politik blok atau sekutu,"...

Comel Pipi Merah, Hadiah...

DIJANGKA bakal menerima kehadiran orang baharu pada Mac depan, penyanyi terkenal, Datuk Seri...

Waris Nafi Cari Gaduh...

INDUSTRI muzik masa kini semakin mengembang dengan kehadiran ramai penyanyi baharu yang berbakat...

Polis Patahkan Sindiket Jual Sijil Cuti Sakit Palsu

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket membuat dan menjual sijil cuti sakit palsu susulan penahanan enam individu termasuk dua penjawat awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kegiatan sindiket ini terbongkar selepas seorang wanita yang merupakan penolong pegawai tadbir di salah sebuah pejabat kesihatan daerah di Kuala Lumpur mencurigai sijil cuti sakit dari dua kakitangannya.

Menurutnya, wanita itu merujuk sijil cuti sakit yang tertera nama Hospital Ampang dan pihak hospital mengesahkan ia palsu.

“Pihak hospital mengesahkan tidak mengeluarkan sijil cuti sakit tersebut dan tiada rekod menunjukkan dua kakitangan berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang pada tarikh yang tertera di sijil.

“Berikutan pendedahan itu, wanita berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mazlan berkata, bertindak ke atas laporan polis itu dan melalui risikan pihaknya, telah menahan lima lelaki termasuk dua penjawat awam dan seorang wanita.

“Dalam tangkapan itu, dalang sindiket juga berjaya ditahan merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun. Lima suspek lain berusia antara 27 hingga 42 tahun.

“Tangkapan dilakukan secara berasingan pada 22 April hingga Sabtu lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Dalam tempoh sama, polis juga membuat pemeriksaan ke atas tiga rumah yang didiami suspek lelaki di Pandan Indah, Ampang dan Cheras.

“Polis juga memeriksa sebuah syarikat percetakan di Sri Kembangan dipercayai dikendalikan oleh suspek wanita,” katanya.

Mazlan menambah, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek dan kediaman serta premis percetakan, polis berjaya merampas 216 pelbagai cop doktor klinik swasta dan kerajaan.

“Turut dirampas 4,631 keping sijil cuti sakit klinik dan hospital kerajaan, 257 buku sijil cuti sakit bersama buku resit rasmi klinik swasta, lima unit telefon bimbit dan satu set komputer.


“Berdasarkan siasatan polis, sindiket ini menjual sijil cuti sakit pada harga RM25 sekeping dan sindiket ini aktif di Selangor dan Kuala Lumpur sejak lapan bulan lalu,” katanya.

Mazlan memberitahu, modus operandi yang digunakan sindiket ialah dua orang daripada mereka bertindak sebagai orang tengah akan menerima tempahan daripada pembeli melalui panggilan telefon.

“Nombor telefon suspek ini diperoleh pembeli melalui rangkaian kenalan yang pernah menggunakan perkhidmatan sindiket itu.

“Setelah menerima tempahan, orang tengah akan berurusan dengan seorang lagi ahli sindiket yang bertindak sebagai penjual sijil cuti sakit klinik swasta.

“Namun sekiranya tempahan melibatkan sijil cuti sakit hospital atau klinik kerajaan, tempahan itu akan dirujuk kepada seorang lagi ahli sindiket.

“Sijil cuti sakit palsu dijual kepada orang tengah dengan harga antara RM5 ke RM10 sekeping manakala orang tengah pula akan menjualnya dengan harga RM10 ke RM15 kepada pembeli bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima.

“Sijil cuti sakit palsu yang telah siap diserahkan kepada pembeli oleh orang tengah secara bersemuka.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan yang mana sindiket melakukan ‘homework’ dengan menyemak sijil cuti sakit sah.

“Ini kerana semua nama doktor serta nama klinik dan hospital yang tertera di sijil cuti sakit palsu adalah nama doktor serta klinik benar-benar wujud,” katanya.

Mazlan menambah, dua suspek penjawat awam telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman untuk siasatan sementara empat lagi suspek akan disambung reman selepas tamat tempoh reman pertama pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

Kategori