Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Banjir Makin Buruk, 55...

KUCHING - Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari...

Segera Selesaikan Masalah Dalaman...

BATU PAHAT - Dewan Pemuda PAS meminta kepimpinan parti menyelesaikan masalah dalamannya dengan...

KSN Jalani Kuarantin Kendiri...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali  menjalani kuarantin kendiri di rumah...

PKS Perlu Beralih Ke...

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu memulakan peralihan lancar mereka...

Polis Pantau Himpunan ICERD Di Jalan Raja Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja, di sini, pada Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membenarkan penganjur untuk menggunakan lokasi yang telah ditetapkan.

“Polis akan pantau dan akan mengawal keadaan sepanjang perhimpunan itu Sabtu ini kerana ia telah mendapat kebenaran DBKL.

“PDRM juga akan keluarkan surat kebenaran untuk perhimpunan itu dan berharap semua pihak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Kolej UniKop di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Semalam Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja sahaja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

DBKL telah menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada Muafakat (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), Ummah (Gerakan Pembela Ummah) dan Daulat (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas.


Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumkan UMNO akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda ‘terima kasih’ terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD. – BERNAMA

Kategori